Ramadan yang Mulia




Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

“Selamat Berpuasa” kami dari AsamPedas ucapkan.

Sempena Bulan Ramadan yang mulia ini, kami akan mengadakan majlis berbuka puasa meraikan Anak-anak yang kurang bernasib Baik dari Sek Keb Desa Setapak. Seramai 24 orang kanak kanak dikenal pasti oleh pihak pengurusan sekolah tersebut ini terdiri daripada anak yatim-piatu, anak istimewa (OKU) dan anak dari keluarga yang daif. Tanpa Sokongan Pihak Tuan & Puan, siapa lagi yang akan membantu mereka itu dengan izin Allah moga murahnya rezeki kita semua... Amin! Semoga dengan Niat hati kita yang murni, dapatlah kiranya pihak tuan menyokong kami bagi membantu meringankan beban dan menceriakan anak anak itu. Setiap Sumbangan akan dibahagi 24 orang kanak kanak tersebut sebagai saguhati utk mereka. Sumbangan berupa barangan juga dialu-alukan. Terima Kasih. Majlis tersebut InsyaAllah akan diadakan pada Ahad, 13 September 2009

di Restoran AsamPedas. Pertanyaan sila hubungi kami: 013-248 2488, 012-221 2727